Sabtu, Mac 12

MESYUARAT KALI KE - 2


Assalamualaikum ..
Memandangkan surau kolej digunakan untuk sesi tazkirah .. mesyuarat kali ke-2 ini akhirnya diadakan di Bilik Mesyuarat CITU .. bermula pada jam 10.00 malam & tamat sekitar jam 10.50 malam .. walaupun begitu, hanya beberapa ahli biro projek sahaja yang hadir memandangkan pada waktu itu ramai dalam kalangan pelajar pengurusan perlu menguruskan projek Promosi Filem mereka .. antara perkara yang disentuh oleh ustaz termasuklah :-


  1. Perjalanan Projek .
  2. Tabung Mohon Bantuan .
  3. Penaja .

Seperti yang telah sedia maklum, projek Malam Seindah Kita Impian Palestin ini bertujuan untuk membantu rakyat Palestin yang menderita akibat peperangan yang masih berlaku sehingga kini .. ramai dalam kalangan mereka yang kehilangan nyawa, tempat tinggal, pekerjaan & banyak lagi ... oleh itu, dengan harapan yang tinggi agar projek ini dapat meringankan beban yang ditanggung mereka .. insyaALLAH .. sebelum mesyuarat tamat, ustaz juga ada membetulkan tentatif perjalanan projek . 



Dari kiri : Rahman (Pengarah Projek), Afindi (Biro Publisiti), Hakkim (Biro Protokol)



Tiada ulasan: